Rabu, 16 Mac 2011

Sedang Diserang dari Pelbagai Dimensi


"Orang-orang Yahudi dan Nasrani (Kristian) tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. "



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

1. Aku terfikir macam agak lama aku tak kemas kini blog. Sebenarnya dalam beberapa hari ni dah macam-macam hal yang aku terfikir. Memang mencemaskan...





"Sepuluh Perintah Allah, Pemerintahan Allah, Kerajaan Allah, Mengenal Allah" 
"AlKitab akan menjawab pertanyaan saya tentang Allah", "Anda akan menemukan petunjuk-petunjuk dari tindakan Allah terhadap keadaan (kesedihan) itu", "Al Kitab akan dapat mengilhami anda tentang betapa besarnya kuat kuasa Allah", "Al Kitab dapat menjawab keraguan anda, dan Al Kitab dapat menunjukkan anda bagaimana mempercayai Allah"
 




2. Astaghfirullahal A'zim... Nau'zubillahi min zalik...
Aku terlihat bible dalam Bahasa Melayu dan ayatnya pun yang dalam Bahasa Melayu. Kalau dibaca memang boleh terkeliru sangat-sangat. Tafsir Quran ke apa tu?. Jadi tahulah aku kenapa Malaysia mengharamkan penggunaan nama Allah oleh penganut kristian di Malaysia. Nanti boleh jadi keliru macam gambar gereja kat Indonesia. Umat Islam di Indonesia adalah umat Islam yang teramai di dunia tetapi mereka tak mampu untuk halang fenomena sedemikian sebab mereka telah terikat dengan pancasila.

3. Kita dipasung dengan slogan 1Malaysia ke?...  Aku lihat isu ini juga adalah satu isu kepincangan perlembagaan Malaysia dalam artikel 11 (4) terdapat larangan tentang penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam di Malaysia. Tetapi ada pula juak-juak yang bermotif tertentu menggunakan artikel 152 sebagai alasan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantaraan/ bahasa kebangsaan bagi memudahkan penganutnya memahami isi bible. Malah juak-juak ini menggunakan gagasan 1Malaysia sebagai sokongan kuat untuk menghalalkan motif kononya sebagai hak kebebasan beragama dan sama rata la kononnya.

4. Juak-juak ni telah menggunakan kelemahan undang-undang ciptaan manusia dan saluran politik. Isu ini bermula dengan penahan kemasukan alkitab di Pelabuhan Klang dan Kuching. Alasan nak bawa masuk untuk orang-orang Sabah dan Sarawak. Kalau difikirkan balik kenapa perlu cetakan Bahasa Melayu. Kenapa tidak dalam bahasa ibunda etnik Bumiputra sana saja, Bahasa Iban ke Murud ke Dayak ke Melanau ke atau etnik-etnik sana yang ramai penganut kristiannya. Keliru sungguh.

5. Dalam hal ini tiba-tiba pula nak martabatkan Bahasa Melayu. Kalau sungguh-sungguh nak martabatkan, eloklah kita mansuhkan semua sekolah aliran bahasa vernakular. Utamakan Bahasa Melayu dalam apa jua  hal di Malaysia. Tapi aku rasa prejudislah. Memang ada agenda tersembunyi. 

6. MCA, Gerakan dan DAP mendesak kerajaan untuk melepaskan sekatan ke atas bible tu di pelabuhan. Hari ini mereka mendesak lepaskan bible versi Bahasa Melayu. Esok-esok pula pasti mereka desak minta semua rakyat berhak serta bebas membaca bible versi Bahasa Melayu siap dibenarkan lagi diedar di kedai-kedai buku secara terbuka. Atas alasan hak asasi manusia. Lepas tu nanti mereka akan desak pula rakyat harus bebas pilih agama termasuklah orang Melayu. Alasannya terdapat kepatuhan dalam perlembagaan. Lepas gunakan pula slogan 1Malaysia...biar benar-benar jadi satu bangsa Malaysia. Jangan kenali lagi Islam sinonim dengan Melayu, Buddha=Cina dan Hindu=India. Jadikan kita satu bangsa, satu agama dan satu Malaysia. Hah!!!! itulah matlamat tersembunyi juak-juak ni. Lalu sejarah Lina Joy, Aishah Bukhari, Hartina Hj. Kamarudin dan banyak lagi akan berulang kembali. Di saat kita dengar orang-orang di barat berduyun-duyun memeluk Islam pasca tragedi 11 September, orang-orang di timur menggila pula lucutkan Islam dari diri. Nauzubillah.

7.  Lepas dari aku baca artikel MK aku berharap kerajaan akan bertegaslah untuk tangani hal ini. Jangan benarlah bible versi Bahasa Melayu masuk Malaysia  kerana menyalahi artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan, Keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangasaan dan Enakmen negeri-negeri yang digubal berdasarkan peruntukan artikel 11(4). Hal ini kerana kesalahan penggunaan perkataan dan istilah saperti ALLAH, Malaikat, wahyu, Rasul, penggunaan nama Nabi-Nabi saperti didalam Islam sedangkan mereka ada nama tersendiri didalam Bible saperti Nabi Yusuf (Josef), Musa (Moses), Daud (David), Yunus (Johannes), Nuh (Noah) Yaakob (Jacob) dan banyak lagi. Lagi pun kenapa perlu guna nama "alkitab" pada kulit muka hadapan, kenapa tidak dicetak saja "bible kristian".


8. Tapi sangkaan aku meleset. Keluar pula artikel kerajaan benarkan penggunaan bible versi Bahasa Melayu dengan syarat hanya untuk penganut kritian sahaja dengan dicop pada bible tu dan diedar dengan limitasi kuantiti yang tertentu sahaja. Tapi sejauh mana penguatkuasaannya? Apakah jaminan kerajaan? Berkesan ke hanya dengan cop tu sahaja? Nampaknya hipotesis aku (pada perenggan 6) mula menjadi teori. Tak lama lagi akan jadi fakta la pula. Aku tau la...piliharaya Sarawak makin hampir tapi ini bukan caranya untuk ambil hati pengundi. Kerajaan bukannya tak tahu kelemahan undang-undang untuk melindungi Islam dan umat di Malaysia. Tegakkan undang-undang syariah pun main-main. Kena tangkap khalwat/ zina hanya dikenakan denda 1k-3k je. Main-main ye dengan undang-undang Islam. Jadi aku fahamlah dengan perjuang pihak lain untuk tegakkan undang-undang Allah.

9. Sungguhpun begitu...pihak tersebut dah tak boleh diharap sangat. Hala tuju pun semakin terpesong. Sebab dah bersekongkol dengan DAP, perjuangan Islam makin pudar. Nak laksanakan Islam mesti minta persetujuan kafir harbi dulu. Tengok je la isu judi,loteri dan arak di Kelantan dan Selangor. Mereka bersungguh tapi kena cantas dengan kafir harbi ni dengan alasan perlunya kerjasama dan kesepakatan. Alah..namanya pun pakatan.

10. Kembali kepada isu bible versi Bahasa Melayu ni, dari sudut lain aku tak halang penggunaan Bahasa Melayu untuk tujuan keagamaan tapi patuhilah undang-undang. Jangan sampai timbulkan kekeliruan dan provokasi. Kepada saudara-saudara Islam yang menyedari semua isu ini, buatlah sesuatu untuk diri, keluarga dan masyarakat. Pasti semua tahu apa yang perlu dibuat. Tapi tak perlu la hingga tubuh puak militan. Kalau kita tolong agama Allah, pasti Allah akan menolong kita. Itu janji Allah. Allah tak pernah mungkir janji.


11. Ya Allah...bantulah kami. Kami risaukan akidah kami, anak-anak kami, keluarga kami dan keturunan kami. Lindungi kami daripada bencana dan fitnah akhir zaman. Amiiin.



***************************************************************************************************************
1Malaysia: Tulus atau telus?
Wira Arjuna
Mac 13, 11
9:19pm
Pendedahan bahawa 35 ribu naskhah terjemahan alkitab Injil dalam bahasa Melayu ditahan di Pelabuhan Kelang dan Pelabuhan Kuching menjadi ujian terbaru kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan pimpinannya untuk mengotakan gagasan 1Malaysia.

NONEJelas, penahanan kitab suci Krisitian itu tidak diambil kira dalam skrip yang digubal oleh syarikat- yarikat perunding seperti Apco dan Mckinsey untuk “menjual” Najib sebagai berjiwa Malaysia dan pelindung hak penganut semua agama.

Jika skrip itu, yang disusun teliti dengan upah yang lumayan, dituruti tanpa rintangan, maka Najib dan BN sudah lama mencapai matlamat menjadikan konsep 1Malaysia senjata politik paling berkesan untuk meraih semula kepercayaan rakyat.

NONEIni kerana semua lapisan masyarakat, Melayu dan bukan Melayu, menerima kesan buruk sekian lama daripada dasar- dasar Umno-BN yang akhirnya hanya memperkayakan ahli kerabat pemimpin dan sahabat handai mereka.

Manusia merancang namun Tuhan menentukan...setiap kali Najib dilihat maju satu, dua langkah ke depan dalam perang untuk menawan hati rakyat, timbul pendedahan yang membongkar tembelang kepimpinan sebenar beliau.

church attacks sunday massPenahanan 30,000 naskhah alkitab Injil di Pelabuhan Kuching sejak awal tahun ini dan 5,000 lagi di Pelabuhan Kelang sejak 2009 semata- mata kerana ia berbahasa Melayu menempelak gagasan 1Malaysia dan kebebasan beragama yang dijamin di bawah Perlembagaan.

Pejabat Perdana Menteri membisu seribu satu bahasa. Begitu juga dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Turut bungkam adalah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sebelum ini tidak pernah melepaskan peluang untuk membidas Pakatan Rakyat walaupun berada di luar negara.
Terus bungkam

Namun, seperti Najib dan Hishamuddin, beliau juga membisu seribu bahasa atas isu yang melibatkan kepentingan awam, khususnya masyarakat Kristian.

NONEMungkinkah sikap bungkam “pejuang-pejuang' ini kerana masih “mencongak” kelebihan atau dividen politik yang bakal diperolehi sekiranya sesuatu keputusan diambil?

Dalam maksud lain, nampaknya pendekatan yang diguna-pakai Najib serta Umno-BN pimpinannya, yang menjadi paksi kepada keputusan adalah bukan apa yang wajar tetapi apa yang boleh mendatangkan kelebihan dari sudut kertas undi.

Sekian lama, kerajaan Umno-BN menjadikan aspek ini asas dalam segala pertimbangannya. Lebih-lebih lagi kerajaan sekarang.

Oleh kerana bimbang sokongan akan merudum, sama ada dari orang Melayu mahupun bukan Melayu, maka Umno-BN mencari pelbagai helah untuk menunda merungkai isu- isu yang membabitkan kepentingan rakyat.

NONEAkibat terjebak dalam politik perkauman, Umno-BN memastikan isu penggunaan kalimah Allah oleh penerbitan Kristian terus dibelit birokrasi mahkamah walaupun sudah lama berlarutan.

Media arus perdana pula diperalatkan untuk menutup arahan pegawai khas perdana menteri supaya tidak ada nyanyian lagu suci atau simbol nabi Isa ketika perdana menteri menghadiri majlis rumah terbuka Hari Natal tahun lalu.
Lesen judi

Lesen perjudian baru dikatakan dikeluarkan kepada syarikat milik seorang jutawan Cina tetapi kemudian ditarik balik selepas rakyat beragama Islam dan bukan Islam sama-sama membantah tindakan itu.
azlanSekali lagi soal sokongan politik menjadi asas pertimbangan proses membuat keputusan, bukannya halal haram judi atau pun kesan amalan itu ke atas masyarakat.

Pada masa sama, untuk mengimbangi pemberian ratusan ribu sijil kewarganegaraan kepada penduduk Cina dan India, perdana menteri memupuk hubungan dengan pertubuhan bukan kerajaan Melayu tegar seperti PERKASA.

Politik perkauman sempit dimainkan menerusi PERKASA dan Datuk Ibrahim Ali serta satu lagi senjata yang masih bisa iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.

perkasa first agm 270310 kerisSemuanya untuk memastikan Umno terus didukong sebagai pelindung agama Islam, institusi Raja dan pejuang hak-hak keistimewaan orang Melayu.

Strategi ini dilaksanakan secara licik – ibarat lontar batu, sembunyi tangan.

Masyarakat umum yang bergantung kepada media arus perdana semata- mata pula ibarat tangan kanan yang tidak tahu perlakuan tangan kiri iaitu Umno-BN.

Strategi ini amat berbahaya dan tidak menghairankan, ketegangan kaum semakin dirasai. Kecurigaan dan prasangka antara kaum ini adalah terjemahan program- program tajaan Najib yang berselindung di sebalik topeng 1Malaysia.

gaps protest at pkr hq 130311 walkApabila berita penahanan alkitab Injil, arahan-arahan pegawai perdana menteri kepada gereja, kenyataan rasis Menteri Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar (hanya beberapa contoh) dilaporkan menerusi portal- portal berita di Internet, skrip yang digubal begitu teliti oleh Apco dan Mckinsey mula kelihatan rapuh dan tidak lebih daripada gimik politik.

Politik perkauman yang mewarnai pemerintahan Umno-BN masih dan amat menebal sekali di jiwa Perdana Menteri Najib Razak dan menteri- menteri Umno.


Penahanan alkitab Injil BM ditarik balik
Mac 15, 11 7:26pm
Setelah dibidas pelbagai pihak, berhubung tindakan Kementerian Dalam Negeri yang menahan ribuan alkitab Injil berbahasa Melayu, kerajaan hari ini bersetuju untuk mengeluarkan kitab yang dirampas dan ditahan di Kuching dan Pelabuhan Klang.

NONEDalam kenyataan medianya hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala, berkata tindakan kerajaan itu selaras dengan warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah membenarkan pengeluaran serta penyebaran Kitab Injil dalam Bahasa Melayu secara terhad dan terkawal.

Bagaimanpun semua kitab berkenaan mesti dicop dengan tag “Untuk penganut agama Kristian sahaja”. “Sejak tahun 1982, dengan akta tersebut, laporan menunjukkan bahawa tiada sebarang isu atau masalah yang dihadapi dalam pelaksanaannya. Dengan merujuk kepada fakta tersebut, Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk menggunakan warta 1982 yang sama dalam pengeluaran Kitab Injil.

“Setelah pemerhatian serta analisa yang teliti, Peguam Negara (AG) juga telah menetapkan bahawa pengeluaran Kitab Injil yang telah diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia tidak akan memberi kesan dalam kes mahkamah yang berkaitan isu Kalimah Allah.

“Oleh itu, dalam konteks berikut Kerajaan telah dapat secara amnya mengeluarkan buku Kitab Injil tersebut,” kata Idris.

Menurut beliau, kerajaan sangat komited dan akan memberikan komitmen yang berterusan untuk menyelesaikan masalah atau isu-isu berkaitan agama dengan penuh adil dan saksama demi kebaikan negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Oleh itu, katanya, kerajaan akan terus mengadakan dialog khas untuk membincangkan jalan penyelesaian isu-isu tertentu dengan melibatkan semua penganut pelbagai agama.

“Kerajaan Sarawak juga bersetuju dan berpendapat bahawa penahanan buku Kitab Injil yang telah sekian lama ditahan seharusnya dikeluarkan,” katanya.

Idris yang merupakan penganut agama Kristian dan berasal dari Sarawak berkata beliau telah berhubung dengan Persekutuan Kristian Malaysia (CFM).

“Ini adalah satu kompromisi yang memanfaatkan kedua-dua belah pihak dalam menangani perbezaan pendapat antara penganut agama Kristian dan Islam di negara ini. Bagi penganut agama Kristian, kerajaan telah bersetuju untuk mengeluarkan Kitab Injil di Kuching mahupun di Pelabuhan Klang,” katanya.

Dari perspektif penganut agama Islam pula, katanya, seperti yang telah ditetapkan oleh Peguam Negara, pelaksanaan ini tidak akan memberi kesan dalam kes mahkamah yang berkaitan isu Kalimah Allah.

“Kerajaan jelas sangat komited dalam menyelesaikan masalah berkaitan agama sejajar dengan konsep 1Malaysia,” akhiri kenyataan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan