Jumaat, 11 Mac 2011

Bagi Pendapat Kat Orang Politik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sekali lagi aku terfikir untuk meluahkan apa yang terlintas di otak setelah membaca penjelasan Ustaz Nasrudin Hasan tentang Kerjasama PAS & DAP : Satu Penjelasan Vol 1 & 2 di facebook beliau. Jadi aku hantarlah emel kepada beliau selepas beliau minta aku bantu dalam memperbaiki hujah beliau melalui komentar di facebook. Pendapat aku begini : 

1. Jujur saya katakan bahawa ilmu saya rendah berbanding tuan. apatah lagi dengan ilmu Allah. Saya bersyukur dengan kecerdasan fikiran yang Allah beri ini bagi membolehkan saya memberi pendapat. Saya gemar untuk menjadi "check & balance".

2. Semasa gambar TGNA menghulurkan bantuan zakat kepada orang asli yang disiarkan di media, saya cukup tidak gemar kerana menjatuhkan maruah orang. Begitu juga dengan gambar Shahrizat dalam penulisan tuan. Hanya akan menunjukkan kelemahan tuan dalam menyampaikan maklumat. Bagi saya walaupun semua gambar-gambar memperlihatkan adanya unsur salah si pelaku namun biarlah Allah yang mengadili mereka dan kita mohon untuk Allah jauhkan perlakuan sebegitu daripada kita.

3. Tuan...biarlah UMNO memburuk-burukkan kita kerana bersekongkol dengan DAP tetapi kita mempertahankan diri dengan hikmah. Jangan kita memperkata keburukan mereka. Jika tidak, sikap kita akan sama sahaja dengan mereka. Dari sudut politik pada pengamatan saya suara UMNO memang menguasai MCA. Tapi yang malangnya mereka tidak menggunakan kelebihan itu untuk menyuburkan Islam di hati orang yang bukan Islam itu sehingga mereka masih kurang mengerti dengan Islam walau telah bersama lebih 50 tahun.

4. Saya juga akui niat dan tidak menafikan usaha PAS untuk membajai Islam ke dalam hati DAP namun bunga & buahnya belum menampakkan hasil. Yang kita lihat memang mereka mula mendekati Islam. Ada dikalangan mereka menyertai program anjuran masjid. Ada yang mengaku ingin mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz. Namun Allah dah tunjukkan bahawa niat mereka tidak ikhlas. Niat mereka hanya untuk meraih undi. Mereka mempergunakan kelebihan sokongan orang Islam kepada PAS untuk kepentingan mereka.

5. Setahu saya (jika saya silap betulkan), orang kafir adalah 2 spesis. Pertama yang tidak menyembah Allah, mengamalkan kepercayaan mereka dan tidak memusuhi Islam. Mereka tidak mengganggu Islam kerana mereka pun tidak mahu diganggu. Tetapi spesis yang ke-2 ni, kafir harbi, ada sebahagiannya dalam MCA & DAP. Puak ini akan mendesak dari dalam (MCA) dan menyerang dari luar (DAP). Mereka macam tidak bersatu (dalam politik) tetapi matlamat mereka adalah sama. Percayalah bahawa kita DAP berjaya menguasai negara, MCA pun akan berpaling tadah dengan BN. Begitu juga dengan MIC & Hindraf. Selagi bangsa-bangsa ni tidak memeluk Islam sukar amat untuk saya percaya. Saya lebih percayakan orang fasik daripada kafir harbi.

6. Sebelum pilihanraya 2008 dahulu kedua-dua pemimpin parti ini ada bertemu bersama-sama pemimpin Kristian. Tuan mungkin boleh jangkakan apa yang mereka bincangkan bukan?. Saya teringat dengan amaran ALLAH didalam Al Baqarah: 120, "sesungguhnya Yahudi & Kristian (golongan kaafirun) tidak akan redho dengan kamu selama-lamanya selagi kamu tidak mengikut cara hidup dan kehendak mereka. Katakanlah (kepada kaafirun itu) Al Quran itu petnjuk yang haq dan sebenarnya. Tetapi jika kamu mahu mengikut cara kehidupan dan kehendak mereka, setelah datang kepada kamu petunjuk Al Quran, maka persilakanlah, tetapi ALLAH tidak akan menjadi penolong & pembantu bagimu".

6. Namun saya tidaklah begitu prejudis terhadap orang bukan Islam. Sebagai contoh orang Cina di kawasan perumahan saya berbeza sikapnya dengan orang Cina yang kemaruk politik. Mereka cukup berbudi bahasa dengan orang Melayu, tambah-tambah lagi mereka cukup menghormati orang Islam yang mereka kerap lihat pergi ke masjid. Bagi mereka orang selalu mendampingi tuhan adalah orang yang baik hatinya.

7. Tetapi saya tetap berpegang kepada "Islam Didahulukan, Akidah Diutamakan" (bukan slogan merapu 1Malaysia ye) selari dengan kehendak Allah dalam surah A'basa ayat 1-40. Teguran Allah kepada Rasulullah SAW untuk mengutamakan orang Islam dahulu berbanding orang bukan Islam. Dalam konteks ini saya cuma mahu menyatakan bahawa pertembungan antara PAS & UMNO ibarat pergeseran adik-beradik sahaja. Masing-masing mempertahankan ego(prisip perjuangan kononnya). Hal-hal yang melibatkan akidah & perpaduan Islam (khususnya perpaduan bangsa majoriti Islam di Malaysia - Melayu) mesti diutamakan. Hal ini konteks Islam di Malaysia agak unik sedikit berbanding di negara-negera Islam di timur tengah. Melayu & Islam berkembang seiring. Tidak boleh dipisahkan dan jangan pisahkan kerana ini akan menjamin pengukuhan Islam di Malaysia bersama-sama redha Allah.

8. Sungguhpun begitu tuan, saya mohon maaf sekiranya pendapat saya ini tidak menepati citarasa tuan. Namun mungkin boleh tuan fikir-fikirkan. Pejuang dan pemimpin muda seperti tuan amat diperlukan untuk Malaysia sebagai negara Islam. Untuk Islam saya akan bersama-sama tuan untuk berjuang walaupun saya bukan dalam platform politik. Kerana di masa depan ada sesuatu yang sedang saya lihat lebih penting. Politik hanya alat dan mungkin juga konspirasi. Yang saya risaukan akidah kita, anak-anak dan cucu-cucu kita dan keturunan keluarga kita kerana Dajjal dan fitnahnya akan atau mungkin sedang kunjung tiba. Semoga Allah melindungi kita. InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan