Selasa, 5 Julai 2011

Jadilah Pencatur Bukan Yang Dicaturkan

 

Dalam pesanan ringkas ini, saya ingin membawa semua pembaca supaya berfikir sejenak, dan mengambil tindakan sesuai dengan logik akal. Dalam dunia yang dipenuhi segala propaganda,kita mesti bijak menapis segala maklumat yang ada, bukannya menjadi seperti lembu yang dicucuk hidung. Gunakan akal anda. Bertindak dengan bijak.


Saya menujukan pesanan ini khusus kepada orang Islam di Malaysia atau Muslim Malaysia, khasnya orang Melayu kerana mereka adalah tunjang kepada majoriti umat Islam di Malaysia. Saya mulakan dengan realiti politik di Malaysia. Kebanyakan dari kita tahu bahawa kita mengamalkan demokrasi. Demokrasi secara mudah ialah kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Demokrasi menghendaki pemilihan oleh orang ramai,maka untuk tujuan propaganda, muncullah parti-parti politik. Sekumpulan orang yang berkerjasama untuk meraih undi lebih berkesan dari hanya satu individu bekerja untuk meminta simpati orang ramai. Sistem ini menyebabkan timbulnya satu petua penting untuk menjadi juara demokrasi; siapa meraih undi paling banyak,dialah juara. Maka untuk maksud ini, muncullah hukum Machiavelli-matlamat menghalalkan cara. Penganut-penganut demokrasi dihalalkan menggunakan apa jua cara untuk mencapai undi paling maksimum.

Anda boleh memaki hamun, menjatuhkan maruah lawan, mengeluarkan video lucah atau lompat parti. Anda boleh merasuah pengundi, menabur janji palsu atau menipu undi pos. Anda juga boleh mencetak beribu-ribu kad pengenalan palsu, memberi kerakyatan kepada warga asing atau membenarkan pengundi mengundi dua kali atau berkali-kali. Anda boleh membuat persempadanan semula,merasuah suruhanjaya pilihanraya atau sekatan media. Banyak cara sebenarnya anda boleh lakukan untuk meraih undi.Ingat peraturan terpenting demokrasi ialah UNDI. UNDI ialah Tuhan demokrasi.Dari rakyat kepada rakyat. Tidak kisah dengan cara apa sekalipun anda mendapatkan undi tetapi anda mesti memiliki undi secukupnya untuk menang.

Dalam sistem demokrasi, dari 9 orang bodoh dan seorang yang bijak,sistem akan mengangkat salah seorang dari orang-orang bodoh itu. Orang yang bijak itu hanya memiliki kebarangkalian 0.00000009% untuk menang. Maksudnya orang bijak itu mustahil untuk menang sehinggalah kesemua orang bodoh tadi mati.

Jadi,adakah kini kita menjadi pencatur atau kita sendiri dicaturkan?

Dalam sistem Islam, secara ringkasnya, kita mempunyai satu majlis pemilihan yang dinamakan Syura. Syura ini terdiri dari kalangan bijak pandai, alim ulama, mereka yang terpilih hasil sokongan orang ramai. Syura bukanlah kerajaan, tetapi mereka bertanggungjawab untuk memilih kerajaan. Jadi nampak di sini,bahawa kebarangkalian untuk mendapat kerajaan yang bodoh amat tipis. Orang bijak yang memilih kerajaan,bukan majoriti.Ini adalah sistem Islam.Ini adalah sistem yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.Ketika nabi wafat, para sahabat nabi yang terpilih berbincang untuk memilih pengganti nabi bagi memikul tanggungjawab memimpin umat Islam. Para sahabat tidak mengadakan pilihanraya. Mereka tidak menubuhkan parti. Mereka tidak terjerit-jerit di jalanan. Para sahabat nabi tidak kenal apa itu demonstrasi atau tunjuk perasaan. Mereka tidak hantar memorandum ke pada raja Mekah.Mereka hantar doa hanya kepada Allah Azza Wa Jalla. Mereka bermesyuarat dan melaksanakan solat istikharah. Bukan buang masa terpekik terlolong di jalanan.

Adakah kita menjadi pencatur atau kita dicaturkan?

Dalam situasi di negara kita, kita maklum bahawa sistem politik yang diamalkan ialah demokrasi BUKAN SISTEM ISLAM. Ini hasil penjajahan pemikaran orientalis di seluruh dunia. Bukan sahaja kita yang terkena, malah Thailand sebagai contoh juga mengamalkan demokrasi walaupun majoritinya Buddha. Ini boleh dipertimbangkan kerana Gautama Buddha tidak pernah mengajarkan sistem politik kepada murid-muridnya. Namun Islam telah mengajarkan bagaimana untuk menguruskan pemerintahan. Bagaimana untuk mentadbir sebuah negara. Sistem Syariah di Malaysia berjaya mendaulat bab munakahah, iaitu hal ehwal kekeluargaan Islam. Sistem ekonomi Malaysia semakin maju mendaulatkan bab muamalat, urusan sesama manusia dalam konteks ini, hal ehwal kewangan Islam. Sistem ekonomi Islam baru popular sejak pertengahan 90-an setelah orang ramai nampak keberkesanannya, dan ia adalah pilihan (option) yang terbaik bagi mereka yang ingin lari dari sistem kapitalis yang bertuhankan kadar faedah, bunga atau penindasan ekonomi. Bila orang hendak kahwin, mereka mahukan syariat. Bila mahu berurusan dalam jual beli atau kewangan, mereka mahukan syariat. Namun bila mahu mentadbir negara, mereka buang syariat. Adakah hukum Al-Quran boleh diambil dan dibuang sesuka hati. Di dunia,anda boleh terlepas bebas, namun di akhirat anda tidak boleh lari. Cukuplah dengan kenyataan bahawa anda dan saya akan mati suatu hari nanti. Adakah saya dan anda boleh lari dari kematian? Tunku Abdul Rahman,Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn telah dipanggil pulang oleh Ilahi dan mereka akan ditanya, mengapa tidak jalankan hukum-Nya ketika memegang kuasa nombor satu di Malaysia? Mereka pasti ditanya sebab hukum-Nya tertulis jelas dalam Al-Quran. Adakah Allah s.w.t menurunkan hukum Hudud hanya untuk dipermainkan? Adakah hukum Hudud boleh dijual dengan harga 'Negara Kebajikan'? Apa itu 'Negara Kebajikan'? Rasulullah s.a.w pernah atau tidak bercakap tentang Negara Kebajikan? Mengapa begitu bodoh sekali sehingga menggadaikan hukum-Nya di telapak kaki musuh-musuh Islam?

Ingat,jika anda berusaha sepanjang hidup anda untuk menegakkan hukum-Nya namun masih tidak berjaya, anda memiliki alasan di hadapan Allah di akhirat nanti. Namun apabila anda buang hukum-Nya dan menggantikan dengan 'Negara Kebajikan' atau seangkatan dengannya, apakah lagi alasan anda di hadapan Allah? Anda layak diletakkan di kelompok para Sekular dan Komunis yang anda kecam dan makihamun semasa di dunia.

Jadi, adakah kita menjadi pencatur atau kita dicaturkan?

Mari kita lihat apa yang ada di atas papan catur. Kita ada UMNO, PAS dan PKR yang dipimpin oleh Melayu Islam. Kita ada DAP sebagai paksi politik yang dipimpin oleh non-muslim. Selebihnya ialah NGO. NGO ialah badan bukan kerajaan seperti Sister In Islam, Suaram, Perkasa dan lain-lain. Dalam sesetengah keadaan, NGO ini adalah sebenarnya parti dalam parti. Mereka mampu mencatur politik sesebuah parti. Dalam isu terkini, seperti isu Bersih 2.0, kita sebagai orang Islam, khasnya orang Melayu kena berfikir matang dan waras. Pertamanya,siasat latar belakang SIAPA YANG MENGGERAKKAN IA. Siapa penganjurnya, siapa pendukungnya?Jika anda tahu siapa di belakangnya, anda kaji, apakah pandangan sosio-politiknya, fikrahnya atau halatujunya. Jika anda tahu siapa penggeraknya, tanya diri adakah aku perlu menyokongnya?

Baca apakah motif mereka mengadakan perhimpunan tersebut.Tanya diri, adakah menjadi keperluan untuk aku sertai mereka? Orang Melayu kena bijak, kerana mereka adalah target yang akan dimangsai cukup-cukup dalam Bersih 2.0 nanti. Bagaimana? Anda kena baca tentang PAS yang berjanji akan menggerakkan kira-kira 300,000 orang untuk menyertai perhimpunan itu. Siapa mereka? Orang Melayu-Islam. Adakah kita mendengar tentang janji DAP atau Hindraf untuk menggerakkan dengan jumlah yang sama untuk Bersih 2.0? Adakah anda terbaca, DAP akan menggerakkan 300,000 orang Cina untuk menyertai Bersih 2.0? TIDAK!!!. Tidak ada janji seperti itu. Maka yang akan terpekik terlolong adalah Melayu-Islam. Yang buat kerja adalah Melayu Islam. Yang memerhati adalah musuh-musuh Melayu-Islam. Yang buang masa di tengah panas adalah kita, yang tolong tengok adalah mereka. Kemudian kita tengok di manakan mereka akan BERKUMPUL.



Mereka akan berkumpul di SOGO, Masjid Kampung Baru dan sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Saudara-saudaraku, ini tempat lepak orang Melayu. Lihat, masjid Kampung Baru ada dalam senarai. Mengapa mahu berkumpul di masjid, tidak di gereja atau tokong? Penganjurnya ialah non-muslim yang memusuhi Islam. Mengapa gunakan masjid? INI ADALAH UNTUK MENGUMPULKAN MELAYU-MELAYU BODOH BAGI TUJUAN DIPERGUNAKAN. Mengapa berkumpul di SOGO, bukan di Low Yatt atau Bukit Bintang? Sebab SOGO dan sekitarnya tempat biasa orang Melayu membeli belah dan 'hang out'. Sekali lagi ADALAH UNTUK MENGUMPULKAN MELAYU-MELAYU BODOH BAGI TUJUAN DIPERGUNAKAN. Mengapa di kawasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, bukan di depan Berjaya Times Square? Why? Why my brothers?

Jadi,adakah kita menjadi pencatur atau kita dicaturkan?

Cukup. Cukup kita dipergunakan. Jangan ulangi lagi kesilapan yang lalu. Bersih 2.0 didokong oleh non-muslim yang memusuhi kamu orang Melayu dan agama Islam. Hamba rakyatnya ialah ahli-ahli PAS dan orang-orang Melayu PKR. Untuk tidak nampak dipergunakan, beberapa orang Cina dan India (non-muslim) akan turun untuk beri semangat kepada Melayu-Melayu bodoh ini untuk terpekik terlolong di jalanraya. Majoriti akan mengambil sikap tunggu dan lihat. Provokasi dijalankan, hasilnya Pemuda UMNO dan Perkasa bangkit untuk menentang. Namun pendekatan Perkasa bodoh dan tidak matang. Mereka mengambil pendekatan kasar dan tidak berhikmah. Mereka menjadi rasis secara tidak bijak dan terang-terangan. Hasilnya ia tidak disenangi oleh Pemuda UMNO. Mereka berselisih pendapat. Ketika Pemuda UMNO dan Perkasa bercakaran, musuh-musuh Melayu dan Islam terus menjalankan provokasi dan propaganda. Silap haribulan, yang bertempur di jalanan nanti adalah Melayu PAS dan PKR, Melayu UMNO dan Melayu Perkasa. Non-Muslim akan bertepuk tangan dan menonton hiburan percuma ini sambil bergelak ketawa di hadapan tv.

Pas menjadi bingung hanya kerana dibuai mimpi demokrasi. Tunjuk perasaan dan demonstrasi jalanan adalah salah satu instrumen demokrasi sebagai satu cara kempen menentang yang dibenarkan. Pas telah menjadi hamba demokrasi dan terpaksa mengikut tarian demokrasi. Masuk pilihanraya,dia masuk pilihanraya. Berkempen, oklah...dia pun berkempen. Raih undi, dia pun raih undi. Bila kalah, maka demokrasi pun suruh PAS tunjuk perasaan. Pas pun tunjuk perasaan. Pas mencapai satu tahap di mana matlamat perjuangannya ialah MENJATUHKAN UMNO. Tidak kira walaupun matlamat menegakkan Negara Islam dibuang jauh-jauh dengan menggantikannya dengan konsep Negara Kebajikan. Rasulullah s.a.w tidak pula menjalankan Negara Kebajikan untuk mengambil hati Yahudi Bani Quraizah, Qainuqa atau Majusi dan Nasrani di kota Madinah. Mengapa untuk mengambil hati DAP dan sekularis PKR, maka hukum Allah boleh diketepikan?

Siapa yang masuk tong najis, maka dia akan terpalit najisnya. Pas terpaksa menanggung segala kebodohan ini sebab dia bermain dalam demokrasi. Lihat PKR, dia tidak pandai hidup dalam tong najis, maka dialah yang paling hina dilemaskan dalam air tahi. Yang pandai bermain tahi setakat ini adalah UMNO dan DAP. Menariknya DAP memijak kepala PKR dan PAS untuk 'bernafas' di dalam tong najis. Sekarang UMNO yang memiliki tong najis dan dia berhak mengawal tong najis supaya najis-najis tetap hidup segar bugar dalam tong. Penjajah mengajar UMNO supaya jangan bersihkan tong najis. Jadi dia selesa memeluk tong najis.

Saya berpesan kepada saudara-saudara saya supaya fikirkan tentang ini. Kali ini kita buat seperti kaum Cina buat setiap kali ada isu, iaitu TUNGGU DAN LIHAT. Jangan turun ke perhimpunan. Biar Ambiga dan kuncu-kuncunya terpekik terlolong dalam panas. Ingat, biar mereka yang buat kerja, bukan kita. Kita terlalu mulia untuk terpekik terlolong macam anjing di jalanan. Jangan biarkan Ambiga selesa di pejabat memantau kita yang terpekik terlolong, paksa dia turun dan paksa dia terpekik terlolong. Kita diam dan saksikan sahaja dia menjerit. Ahli PAS, buat macam ini. Tolong. Anda kena bijak. Ini bukan pasal UMNO yang anda benci sampai ke mati, INI DEMI ISLAM YANG TERCINTA.

Kita kena membezakan perjuangan menentang UMNO dengan perjuangan menentang musuh-musuh Islam. UMNO adalah saudara kita yang diberi dadah oleh musuh Islam. Kita kasi cantas dahulu musuh Islam. Kemudian kita rawat UMNO, ajak mereka ke masjid, solat berjemaah. Beritahu mereka kebesaran Allah s.w.t. Keluarkan dari hati mereka kebesaran makhluk. Masukkan kebesaran Allah ke dalam hati mereka. Beritahu mereka keindahan Islam. Hikmah melaksanakan perintah Allah.

Cintakan Allah, cintakan nabi.

Ingat, caranya mesti tepat dan betul, untuk menang di atas papan catur. Tidak perlu saya beritahu adakah pesanan saya ini diizinkan untuk disebar atau tidak. Adakah perlu turun ke perhimpunan atau tidak. Jadilah pencatur,bukan yang dicaturkan.





SUMBER : http://mistisfiles.blogspot.com/2011/07/jadilah-pencaturbukan-yang-dicaturkan.html

Rabu, 16 Mac 2011

Sedang Diserang dari Pelbagai Dimensi


"Orang-orang Yahudi dan Nasrani (Kristian) tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. "



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

1. Aku terfikir macam agak lama aku tak kemas kini blog. Sebenarnya dalam beberapa hari ni dah macam-macam hal yang aku terfikir. Memang mencemaskan...





"Sepuluh Perintah Allah, Pemerintahan Allah, Kerajaan Allah, Mengenal Allah" 
"AlKitab akan menjawab pertanyaan saya tentang Allah", "Anda akan menemukan petunjuk-petunjuk dari tindakan Allah terhadap keadaan (kesedihan) itu", "Al Kitab akan dapat mengilhami anda tentang betapa besarnya kuat kuasa Allah", "Al Kitab dapat menjawab keraguan anda, dan Al Kitab dapat menunjukkan anda bagaimana mempercayai Allah"
 




2. Astaghfirullahal A'zim... Nau'zubillahi min zalik...
Aku terlihat bible dalam Bahasa Melayu dan ayatnya pun yang dalam Bahasa Melayu. Kalau dibaca memang boleh terkeliru sangat-sangat. Tafsir Quran ke apa tu?. Jadi tahulah aku kenapa Malaysia mengharamkan penggunaan nama Allah oleh penganut kristian di Malaysia. Nanti boleh jadi keliru macam gambar gereja kat Indonesia. Umat Islam di Indonesia adalah umat Islam yang teramai di dunia tetapi mereka tak mampu untuk halang fenomena sedemikian sebab mereka telah terikat dengan pancasila.

3. Kita dipasung dengan slogan 1Malaysia ke?...  Aku lihat isu ini juga adalah satu isu kepincangan perlembagaan Malaysia dalam artikel 11 (4) terdapat larangan tentang penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam di Malaysia. Tetapi ada pula juak-juak yang bermotif tertentu menggunakan artikel 152 sebagai alasan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantaraan/ bahasa kebangsaan bagi memudahkan penganutnya memahami isi bible. Malah juak-juak ini menggunakan gagasan 1Malaysia sebagai sokongan kuat untuk menghalalkan motif kononya sebagai hak kebebasan beragama dan sama rata la kononnya.

4. Juak-juak ni telah menggunakan kelemahan undang-undang ciptaan manusia dan saluran politik. Isu ini bermula dengan penahan kemasukan alkitab di Pelabuhan Klang dan Kuching. Alasan nak bawa masuk untuk orang-orang Sabah dan Sarawak. Kalau difikirkan balik kenapa perlu cetakan Bahasa Melayu. Kenapa tidak dalam bahasa ibunda etnik Bumiputra sana saja, Bahasa Iban ke Murud ke Dayak ke Melanau ke atau etnik-etnik sana yang ramai penganut kristiannya. Keliru sungguh.

5. Dalam hal ini tiba-tiba pula nak martabatkan Bahasa Melayu. Kalau sungguh-sungguh nak martabatkan, eloklah kita mansuhkan semua sekolah aliran bahasa vernakular. Utamakan Bahasa Melayu dalam apa jua  hal di Malaysia. Tapi aku rasa prejudislah. Memang ada agenda tersembunyi. 

6. MCA, Gerakan dan DAP mendesak kerajaan untuk melepaskan sekatan ke atas bible tu di pelabuhan. Hari ini mereka mendesak lepaskan bible versi Bahasa Melayu. Esok-esok pula pasti mereka desak minta semua rakyat berhak serta bebas membaca bible versi Bahasa Melayu siap dibenarkan lagi diedar di kedai-kedai buku secara terbuka. Atas alasan hak asasi manusia. Lepas tu nanti mereka akan desak pula rakyat harus bebas pilih agama termasuklah orang Melayu. Alasannya terdapat kepatuhan dalam perlembagaan. Lepas gunakan pula slogan 1Malaysia...biar benar-benar jadi satu bangsa Malaysia. Jangan kenali lagi Islam sinonim dengan Melayu, Buddha=Cina dan Hindu=India. Jadikan kita satu bangsa, satu agama dan satu Malaysia. Hah!!!! itulah matlamat tersembunyi juak-juak ni. Lalu sejarah Lina Joy, Aishah Bukhari, Hartina Hj. Kamarudin dan banyak lagi akan berulang kembali. Di saat kita dengar orang-orang di barat berduyun-duyun memeluk Islam pasca tragedi 11 September, orang-orang di timur menggila pula lucutkan Islam dari diri. Nauzubillah.

7.  Lepas dari aku baca artikel MK aku berharap kerajaan akan bertegaslah untuk tangani hal ini. Jangan benarlah bible versi Bahasa Melayu masuk Malaysia  kerana menyalahi artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan, Keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangasaan dan Enakmen negeri-negeri yang digubal berdasarkan peruntukan artikel 11(4). Hal ini kerana kesalahan penggunaan perkataan dan istilah saperti ALLAH, Malaikat, wahyu, Rasul, penggunaan nama Nabi-Nabi saperti didalam Islam sedangkan mereka ada nama tersendiri didalam Bible saperti Nabi Yusuf (Josef), Musa (Moses), Daud (David), Yunus (Johannes), Nuh (Noah) Yaakob (Jacob) dan banyak lagi. Lagi pun kenapa perlu guna nama "alkitab" pada kulit muka hadapan, kenapa tidak dicetak saja "bible kristian".


8. Tapi sangkaan aku meleset. Keluar pula artikel kerajaan benarkan penggunaan bible versi Bahasa Melayu dengan syarat hanya untuk penganut kritian sahaja dengan dicop pada bible tu dan diedar dengan limitasi kuantiti yang tertentu sahaja. Tapi sejauh mana penguatkuasaannya? Apakah jaminan kerajaan? Berkesan ke hanya dengan cop tu sahaja? Nampaknya hipotesis aku (pada perenggan 6) mula menjadi teori. Tak lama lagi akan jadi fakta la pula. Aku tau la...piliharaya Sarawak makin hampir tapi ini bukan caranya untuk ambil hati pengundi. Kerajaan bukannya tak tahu kelemahan undang-undang untuk melindungi Islam dan umat di Malaysia. Tegakkan undang-undang syariah pun main-main. Kena tangkap khalwat/ zina hanya dikenakan denda 1k-3k je. Main-main ye dengan undang-undang Islam. Jadi aku fahamlah dengan perjuang pihak lain untuk tegakkan undang-undang Allah.

9. Sungguhpun begitu...pihak tersebut dah tak boleh diharap sangat. Hala tuju pun semakin terpesong. Sebab dah bersekongkol dengan DAP, perjuangan Islam makin pudar. Nak laksanakan Islam mesti minta persetujuan kafir harbi dulu. Tengok je la isu judi,loteri dan arak di Kelantan dan Selangor. Mereka bersungguh tapi kena cantas dengan kafir harbi ni dengan alasan perlunya kerjasama dan kesepakatan. Alah..namanya pun pakatan.

10. Kembali kepada isu bible versi Bahasa Melayu ni, dari sudut lain aku tak halang penggunaan Bahasa Melayu untuk tujuan keagamaan tapi patuhilah undang-undang. Jangan sampai timbulkan kekeliruan dan provokasi. Kepada saudara-saudara Islam yang menyedari semua isu ini, buatlah sesuatu untuk diri, keluarga dan masyarakat. Pasti semua tahu apa yang perlu dibuat. Tapi tak perlu la hingga tubuh puak militan. Kalau kita tolong agama Allah, pasti Allah akan menolong kita. Itu janji Allah. Allah tak pernah mungkir janji.


11. Ya Allah...bantulah kami. Kami risaukan akidah kami, anak-anak kami, keluarga kami dan keturunan kami. Lindungi kami daripada bencana dan fitnah akhir zaman. Amiiin.



***************************************************************************************************************
1Malaysia: Tulus atau telus?
Wira Arjuna
Mac 13, 11
9:19pm
Pendedahan bahawa 35 ribu naskhah terjemahan alkitab Injil dalam bahasa Melayu ditahan di Pelabuhan Kelang dan Pelabuhan Kuching menjadi ujian terbaru kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan pimpinannya untuk mengotakan gagasan 1Malaysia.

NONEJelas, penahanan kitab suci Krisitian itu tidak diambil kira dalam skrip yang digubal oleh syarikat- yarikat perunding seperti Apco dan Mckinsey untuk “menjual” Najib sebagai berjiwa Malaysia dan pelindung hak penganut semua agama.

Jika skrip itu, yang disusun teliti dengan upah yang lumayan, dituruti tanpa rintangan, maka Najib dan BN sudah lama mencapai matlamat menjadikan konsep 1Malaysia senjata politik paling berkesan untuk meraih semula kepercayaan rakyat.

NONEIni kerana semua lapisan masyarakat, Melayu dan bukan Melayu, menerima kesan buruk sekian lama daripada dasar- dasar Umno-BN yang akhirnya hanya memperkayakan ahli kerabat pemimpin dan sahabat handai mereka.

Manusia merancang namun Tuhan menentukan...setiap kali Najib dilihat maju satu, dua langkah ke depan dalam perang untuk menawan hati rakyat, timbul pendedahan yang membongkar tembelang kepimpinan sebenar beliau.

church attacks sunday massPenahanan 30,000 naskhah alkitab Injil di Pelabuhan Kuching sejak awal tahun ini dan 5,000 lagi di Pelabuhan Kelang sejak 2009 semata- mata kerana ia berbahasa Melayu menempelak gagasan 1Malaysia dan kebebasan beragama yang dijamin di bawah Perlembagaan.

Pejabat Perdana Menteri membisu seribu satu bahasa. Begitu juga dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Turut bungkam adalah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sebelum ini tidak pernah melepaskan peluang untuk membidas Pakatan Rakyat walaupun berada di luar negara.
Terus bungkam

Namun, seperti Najib dan Hishamuddin, beliau juga membisu seribu bahasa atas isu yang melibatkan kepentingan awam, khususnya masyarakat Kristian.

NONEMungkinkah sikap bungkam “pejuang-pejuang' ini kerana masih “mencongak” kelebihan atau dividen politik yang bakal diperolehi sekiranya sesuatu keputusan diambil?

Dalam maksud lain, nampaknya pendekatan yang diguna-pakai Najib serta Umno-BN pimpinannya, yang menjadi paksi kepada keputusan adalah bukan apa yang wajar tetapi apa yang boleh mendatangkan kelebihan dari sudut kertas undi.

Sekian lama, kerajaan Umno-BN menjadikan aspek ini asas dalam segala pertimbangannya. Lebih-lebih lagi kerajaan sekarang.

Oleh kerana bimbang sokongan akan merudum, sama ada dari orang Melayu mahupun bukan Melayu, maka Umno-BN mencari pelbagai helah untuk menunda merungkai isu- isu yang membabitkan kepentingan rakyat.

NONEAkibat terjebak dalam politik perkauman, Umno-BN memastikan isu penggunaan kalimah Allah oleh penerbitan Kristian terus dibelit birokrasi mahkamah walaupun sudah lama berlarutan.

Media arus perdana pula diperalatkan untuk menutup arahan pegawai khas perdana menteri supaya tidak ada nyanyian lagu suci atau simbol nabi Isa ketika perdana menteri menghadiri majlis rumah terbuka Hari Natal tahun lalu.
Lesen judi

Lesen perjudian baru dikatakan dikeluarkan kepada syarikat milik seorang jutawan Cina tetapi kemudian ditarik balik selepas rakyat beragama Islam dan bukan Islam sama-sama membantah tindakan itu.
azlanSekali lagi soal sokongan politik menjadi asas pertimbangan proses membuat keputusan, bukannya halal haram judi atau pun kesan amalan itu ke atas masyarakat.

Pada masa sama, untuk mengimbangi pemberian ratusan ribu sijil kewarganegaraan kepada penduduk Cina dan India, perdana menteri memupuk hubungan dengan pertubuhan bukan kerajaan Melayu tegar seperti PERKASA.

Politik perkauman sempit dimainkan menerusi PERKASA dan Datuk Ibrahim Ali serta satu lagi senjata yang masih bisa iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.

perkasa first agm 270310 kerisSemuanya untuk memastikan Umno terus didukong sebagai pelindung agama Islam, institusi Raja dan pejuang hak-hak keistimewaan orang Melayu.

Strategi ini dilaksanakan secara licik – ibarat lontar batu, sembunyi tangan.

Masyarakat umum yang bergantung kepada media arus perdana semata- mata pula ibarat tangan kanan yang tidak tahu perlakuan tangan kiri iaitu Umno-BN.

Strategi ini amat berbahaya dan tidak menghairankan, ketegangan kaum semakin dirasai. Kecurigaan dan prasangka antara kaum ini adalah terjemahan program- program tajaan Najib yang berselindung di sebalik topeng 1Malaysia.

gaps protest at pkr hq 130311 walkApabila berita penahanan alkitab Injil, arahan-arahan pegawai perdana menteri kepada gereja, kenyataan rasis Menteri Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar (hanya beberapa contoh) dilaporkan menerusi portal- portal berita di Internet, skrip yang digubal begitu teliti oleh Apco dan Mckinsey mula kelihatan rapuh dan tidak lebih daripada gimik politik.

Politik perkauman yang mewarnai pemerintahan Umno-BN masih dan amat menebal sekali di jiwa Perdana Menteri Najib Razak dan menteri- menteri Umno.


Penahanan alkitab Injil BM ditarik balik
Mac 15, 11 7:26pm
Setelah dibidas pelbagai pihak, berhubung tindakan Kementerian Dalam Negeri yang menahan ribuan alkitab Injil berbahasa Melayu, kerajaan hari ini bersetuju untuk mengeluarkan kitab yang dirampas dan ditahan di Kuching dan Pelabuhan Klang.

NONEDalam kenyataan medianya hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala, berkata tindakan kerajaan itu selaras dengan warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah membenarkan pengeluaran serta penyebaran Kitab Injil dalam Bahasa Melayu secara terhad dan terkawal.

Bagaimanpun semua kitab berkenaan mesti dicop dengan tag “Untuk penganut agama Kristian sahaja”. “Sejak tahun 1982, dengan akta tersebut, laporan menunjukkan bahawa tiada sebarang isu atau masalah yang dihadapi dalam pelaksanaannya. Dengan merujuk kepada fakta tersebut, Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk menggunakan warta 1982 yang sama dalam pengeluaran Kitab Injil.

“Setelah pemerhatian serta analisa yang teliti, Peguam Negara (AG) juga telah menetapkan bahawa pengeluaran Kitab Injil yang telah diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia tidak akan memberi kesan dalam kes mahkamah yang berkaitan isu Kalimah Allah.

“Oleh itu, dalam konteks berikut Kerajaan telah dapat secara amnya mengeluarkan buku Kitab Injil tersebut,” kata Idris.

Menurut beliau, kerajaan sangat komited dan akan memberikan komitmen yang berterusan untuk menyelesaikan masalah atau isu-isu berkaitan agama dengan penuh adil dan saksama demi kebaikan negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Oleh itu, katanya, kerajaan akan terus mengadakan dialog khas untuk membincangkan jalan penyelesaian isu-isu tertentu dengan melibatkan semua penganut pelbagai agama.

“Kerajaan Sarawak juga bersetuju dan berpendapat bahawa penahanan buku Kitab Injil yang telah sekian lama ditahan seharusnya dikeluarkan,” katanya.

Idris yang merupakan penganut agama Kristian dan berasal dari Sarawak berkata beliau telah berhubung dengan Persekutuan Kristian Malaysia (CFM).

“Ini adalah satu kompromisi yang memanfaatkan kedua-dua belah pihak dalam menangani perbezaan pendapat antara penganut agama Kristian dan Islam di negara ini. Bagi penganut agama Kristian, kerajaan telah bersetuju untuk mengeluarkan Kitab Injil di Kuching mahupun di Pelabuhan Klang,” katanya.

Dari perspektif penganut agama Islam pula, katanya, seperti yang telah ditetapkan oleh Peguam Negara, pelaksanaan ini tidak akan memberi kesan dalam kes mahkamah yang berkaitan isu Kalimah Allah.

“Kerajaan jelas sangat komited dalam menyelesaikan masalah berkaitan agama sejajar dengan konsep 1Malaysia,” akhiri kenyataan itu.

Sabtu, 12 Mac 2011

Mari Belajar Lagi...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

1. Aku terfikir untuk menyarankan kepada kawan-kawan kembali menyambung pelajaran. Aku rasa amat seronok belajar semasa umur sebegini. Berbeza rasanya masa zaman sekolah dulu. Dulu di sekolah apa yang cikgu ajar itulah yang kita sumbat bulat-bulat dalam otak. Tetapi sekarang apa yang pensyarah ajar lebih untuk mengasah otak. Lebih untuk mencabar otak. Kalau nak jadi orang yang bijak memang perlu dicabar pemikirannya.

2. Hari ini rutin aku kembali semula padat dan sibuk. Hujung minggu hadiri kelas dan hari biasa dah tentulah kerja. Dimana masa untuk keluarga? Kesian isteri dan anak-anak aku. Rasa macam kurang bahagi masa untuk mereka. Tapi inilah keberkatan belajar. Allah pasti beri jalan. Dia kan buat kami sekeluarga tidak berasa kesunyian. Terasa ada sahaja kualiti masa yang diperuntukkan untuk berkasih sayang. 

3. Rezeki sentiasa mencukupi walaupun sering rasa macam tak cukup duit. Tapi ada sahaja rezeki yang Allah nak bagi kerana belajar juga adalah ibadat. Orang Islam harus memiliki pelbagai kepakaran agar Islam terus  maju. Biaskan pandangan orang bahawa dalam Islam hanya ada pakar agama. Ulama itu ustaz dan ustaz itu ulama atau seumpanya. Kita harus ubah, biarlah seorang saintis, astronomi, usahawan, hakim, doktor, CEO, pakar komunikasi, ahli politik dan lain-lain profesion juga adalah seorang ulama. Ulama jangan lagi hanya sinonim dengan nilai-nilai konversional yang telah sedia maklum tetapi harus juga terdiri daripada golongan profesional. Kembalikan kegemilangan Islam seperti zaman Al-Khawarizmi, Ibnu Sina, Ibnu Sirin, Hamka, Pendeta Zaaba dan ramai lagi. Mereka ini adalah ulama dan pakar-pakar ilmuwan sehinggakan ilmu mereka menjadi rujukan barat.


4. InsyaAllah aku sedang menuju ke arah itu. Jadi marilah sama-sama kita sambung belajar. Aku pun dah mohonkan untuk isteri aku sambung belajar sekali. Sayang kalau dia tak sambung belajar. Sepanjang aku hidup dengan dia, aku dapat lihat kecergasan fikiran dia walaupun dulu keputusan SPM dia tak berapa cantik (tapi masih layak untuk sambung belajar). Dia ada potensi alter yang terahsia. Selamat menimba ilmu dan semoga berjaya demi Islam juga akhirnya. InsyaAllah.













Jumaat, 11 Mac 2011

Bagi Pendapat Kat Orang Politik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sekali lagi aku terfikir untuk meluahkan apa yang terlintas di otak setelah membaca penjelasan Ustaz Nasrudin Hasan tentang Kerjasama PAS & DAP : Satu Penjelasan Vol 1 & 2 di facebook beliau. Jadi aku hantarlah emel kepada beliau selepas beliau minta aku bantu dalam memperbaiki hujah beliau melalui komentar di facebook. Pendapat aku begini : 

1. Jujur saya katakan bahawa ilmu saya rendah berbanding tuan. apatah lagi dengan ilmu Allah. Saya bersyukur dengan kecerdasan fikiran yang Allah beri ini bagi membolehkan saya memberi pendapat. Saya gemar untuk menjadi "check & balance".

2. Semasa gambar TGNA menghulurkan bantuan zakat kepada orang asli yang disiarkan di media, saya cukup tidak gemar kerana menjatuhkan maruah orang. Begitu juga dengan gambar Shahrizat dalam penulisan tuan. Hanya akan menunjukkan kelemahan tuan dalam menyampaikan maklumat. Bagi saya walaupun semua gambar-gambar memperlihatkan adanya unsur salah si pelaku namun biarlah Allah yang mengadili mereka dan kita mohon untuk Allah jauhkan perlakuan sebegitu daripada kita.

3. Tuan...biarlah UMNO memburuk-burukkan kita kerana bersekongkol dengan DAP tetapi kita mempertahankan diri dengan hikmah. Jangan kita memperkata keburukan mereka. Jika tidak, sikap kita akan sama sahaja dengan mereka. Dari sudut politik pada pengamatan saya suara UMNO memang menguasai MCA. Tapi yang malangnya mereka tidak menggunakan kelebihan itu untuk menyuburkan Islam di hati orang yang bukan Islam itu sehingga mereka masih kurang mengerti dengan Islam walau telah bersama lebih 50 tahun.

4. Saya juga akui niat dan tidak menafikan usaha PAS untuk membajai Islam ke dalam hati DAP namun bunga & buahnya belum menampakkan hasil. Yang kita lihat memang mereka mula mendekati Islam. Ada dikalangan mereka menyertai program anjuran masjid. Ada yang mengaku ingin mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz. Namun Allah dah tunjukkan bahawa niat mereka tidak ikhlas. Niat mereka hanya untuk meraih undi. Mereka mempergunakan kelebihan sokongan orang Islam kepada PAS untuk kepentingan mereka.

5. Setahu saya (jika saya silap betulkan), orang kafir adalah 2 spesis. Pertama yang tidak menyembah Allah, mengamalkan kepercayaan mereka dan tidak memusuhi Islam. Mereka tidak mengganggu Islam kerana mereka pun tidak mahu diganggu. Tetapi spesis yang ke-2 ni, kafir harbi, ada sebahagiannya dalam MCA & DAP. Puak ini akan mendesak dari dalam (MCA) dan menyerang dari luar (DAP). Mereka macam tidak bersatu (dalam politik) tetapi matlamat mereka adalah sama. Percayalah bahawa kita DAP berjaya menguasai negara, MCA pun akan berpaling tadah dengan BN. Begitu juga dengan MIC & Hindraf. Selagi bangsa-bangsa ni tidak memeluk Islam sukar amat untuk saya percaya. Saya lebih percayakan orang fasik daripada kafir harbi.

6. Sebelum pilihanraya 2008 dahulu kedua-dua pemimpin parti ini ada bertemu bersama-sama pemimpin Kristian. Tuan mungkin boleh jangkakan apa yang mereka bincangkan bukan?. Saya teringat dengan amaran ALLAH didalam Al Baqarah: 120, "sesungguhnya Yahudi & Kristian (golongan kaafirun) tidak akan redho dengan kamu selama-lamanya selagi kamu tidak mengikut cara hidup dan kehendak mereka. Katakanlah (kepada kaafirun itu) Al Quran itu petnjuk yang haq dan sebenarnya. Tetapi jika kamu mahu mengikut cara kehidupan dan kehendak mereka, setelah datang kepada kamu petunjuk Al Quran, maka persilakanlah, tetapi ALLAH tidak akan menjadi penolong & pembantu bagimu".

6. Namun saya tidaklah begitu prejudis terhadap orang bukan Islam. Sebagai contoh orang Cina di kawasan perumahan saya berbeza sikapnya dengan orang Cina yang kemaruk politik. Mereka cukup berbudi bahasa dengan orang Melayu, tambah-tambah lagi mereka cukup menghormati orang Islam yang mereka kerap lihat pergi ke masjid. Bagi mereka orang selalu mendampingi tuhan adalah orang yang baik hatinya.

7. Tetapi saya tetap berpegang kepada "Islam Didahulukan, Akidah Diutamakan" (bukan slogan merapu 1Malaysia ye) selari dengan kehendak Allah dalam surah A'basa ayat 1-40. Teguran Allah kepada Rasulullah SAW untuk mengutamakan orang Islam dahulu berbanding orang bukan Islam. Dalam konteks ini saya cuma mahu menyatakan bahawa pertembungan antara PAS & UMNO ibarat pergeseran adik-beradik sahaja. Masing-masing mempertahankan ego(prisip perjuangan kononnya). Hal-hal yang melibatkan akidah & perpaduan Islam (khususnya perpaduan bangsa majoriti Islam di Malaysia - Melayu) mesti diutamakan. Hal ini konteks Islam di Malaysia agak unik sedikit berbanding di negara-negera Islam di timur tengah. Melayu & Islam berkembang seiring. Tidak boleh dipisahkan dan jangan pisahkan kerana ini akan menjamin pengukuhan Islam di Malaysia bersama-sama redha Allah.

8. Sungguhpun begitu tuan, saya mohon maaf sekiranya pendapat saya ini tidak menepati citarasa tuan. Namun mungkin boleh tuan fikir-fikirkan. Pejuang dan pemimpin muda seperti tuan amat diperlukan untuk Malaysia sebagai negara Islam. Untuk Islam saya akan bersama-sama tuan untuk berjuang walaupun saya bukan dalam platform politik. Kerana di masa depan ada sesuatu yang sedang saya lihat lebih penting. Politik hanya alat dan mungkin juga konspirasi. Yang saya risaukan akidah kita, anak-anak dan cucu-cucu kita dan keturunan keluarga kita kerana Dajjal dan fitnahnya akan atau mungkin sedang kunjung tiba. Semoga Allah melindungi kita. InsyaAllah.

Rabu, 9 Mac 2011

Bagaimana Dengan Anak Cucu Kita Nanti?

      



Aku rasa aku perlu kongsikan artikel dibawah ini kepada pembaca. Bagi aku memang ada sesuatu yang tidak kena... antara konspirasi akhir zaman. Isu murtad mula menular pada zaman selepas kemangkatan Rasulullah s.a.w. Dibenteras oleh Khalifah Abu Bakar r.a. Walaupun aku tak hidup pada zaman tu, Aku hanya mampu mengambil pengajaran. Buat persediaan untuk anak cucu keturunan aku... dan kita telah lihat, sedang pun melihat di zaman dan akan terus berlaku. Mungkin kita rasa kita masih boleh bertahan ketika ini tapi bagaimana dengan situasi anak-anak, cucu-cucu dan keturunan kita. Cukup mantapkah iman yang dimiliki? Lebih menggerunkan ketika nanti datangnya dajal bersama fitnahnya.

***************************************************************************************************************


MURTAD - Bacalah kerana anda Muslim


WAJIB dibaca jika anda seorang MUSLIM
Artikel yang sangat panjang tapi bagus untuk menjadi tatapan, kalau tak habis baca hari ni boleh sambung lagi esok insya-Allah kalau panjang umur 
——

“Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu?
Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikutboyfriend.
Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.
Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang. Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah
mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.
Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya,perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad.. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.
Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.
Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.
1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2.Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?
Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.
Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata,
tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal .. Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia
didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu.
Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,
“Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu,Intan dah kristian.”
Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad.Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis,keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan
kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan
Butir asal permohonan.. ….
Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah.
Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada
langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6,bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.
Sebab yang dia beri, “Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.”
Perenggan 23: “Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik”.
Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar gamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita
sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara’ dengan undang-undang sivil,undang-undang syara’ akan terbatal.. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi…. semua tak termasuk.
Article 4 pula
menyatakan: “Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara’.
Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.
Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.
Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-p eluk dalam
keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk. Menggelupur dia depan kedai tu.
Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.
Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.
Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yangtak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.
Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.
Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah.Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya.Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah
Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.
Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh.
Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari.
Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ini, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.

Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.
Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. “Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie
Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.” Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun.
2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes
itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis,
budak tu kata ” Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.” Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.
Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada
waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka.. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.
Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.
Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata, “Allah hu Ahad”. Terus Yasir kena pancung di padang pasir.Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung.Mampu
berkata “Allah hu Ahad”. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya,mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.
Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong.
Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu.
Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang..
Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang
berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluh terpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara.
Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis
agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.
Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan
“Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan
hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah? ”
“Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari
itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir.. Petang Islam, pagi kafir balik.” Sahabat bertanya lagi. “Mengapa begitu ya Rasullullah? ”
Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia”.
Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, “Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.” Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.
Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an
atau 30an dulu dalam bukunya “International Jew” (tak Silap saya).. Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling
nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai
iktibar. Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.
Bab Kristian,lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: “Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.”
Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao . Lepas tu kerajaan Islam Acheh … semuanya satu demi satu.
Macamana benda ni boleh terjadi?
Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G.. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian..
Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?
Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah “garam dan ragi”. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi
kayu.. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. Maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu. Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi”. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya.. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.
Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.
Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. “Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak… Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit merah, Saint John’s Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia.. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.
Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan email ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.
Akhir sekali,
email ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.
#kawan-kawan yang dikasihi, tolong forwardkan email ini untuk pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara ini boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan akidah kita yang telah di Islamkan atas tiket keturunan dimana dengan sebab ini kita telahpun mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari Allah tanpa perlu melalui hidup Sebagai seorang yang terpesong dari ajaran-Nya dan sentiasa mencari-cari jalan yang betul.
Di harap rahmat Allah dan doa-doa para waliullah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya.. Sementara itu, berhati-hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat kepada Allah..
DIPETIK DARI : myloveislam.ning.com

Permulaan Pertama

Aku selalu berfikir. Pelbagai hal yang aku fikirkan. Sama ada yang trivial ataupun yang kritis. Perkara yang berlaku di depan mata, yang sedang dibaca, yang terlintas difikiran atau yang sedang dihadapi oleh kehidupan aku mahupun individu sekeliling aku. Justeru aku terasa terpanggil untuk meluahkannya di sini. Malah boleh dikongsi. Jika berlaku pula plagiarisme atas luahan atau idealisme aku, aku tidak perlu ambil peduli sangat. Oleh itu aku telah tahu bahawa apa yang fikirkan adalah bernas dan yang aku hidangkan adalah lazat.


Namun aku tidak pasti, entah berapa lama prasasti maya aku ini akan wujud. Mungkin jika sesuatu terjadi kepada internet seperti momokan Y2K dulu @ kemusnahan dunia maka tiadalah lagi prasasti maya ini. Atau mungkin esok atau lusa aku akan dijemput oleh Izrail a.s, maka tinggallah apa yang aku tinggalkan. Tetapi aku tetap berharap agar prasasti maya ini akan terus dapat dibaca oleh anak cucu aku kelak. Mungkin boleh menjadi rujukan yang sehaluan dan berteraskan dengan entiti yang diwasiatkan oleh Rasulullah s.a.w untuk kita hadapi segala yang berlaku di akhir zaman ini. Semoga kita sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t. InsyaAllah.